Friday, April 20, 2012

Kasih seorang Ibu..

Assalamulaikum w.b.t...


Kepada pembaca yang dikasihi,,=)


Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah tiada tolok bandingnya. Minggu lepas sebelum hari peperiksaan bermula ( 28- 30 mac 2012) iaitu pada tarikh ( 26 mac 2012) hari yang paling saya akan ingat kerana pada hari itu saya telah melihat bagaimana susahnya seorang ibu nak melahirkan anaknya yang dikandung selama 9 bulan. Cukup susah, dan pada saat itu saya rasa sangat sayu dan di minda saya hanya bermain satu nama dan dimata hanya satu wajah iaitu mak saya. Adakah begini susah waktu mak lahirkan kakak? dan setitis air mata jatuh dipipi saya.


Pada hari itu juga saya sangat gembira kerana saya dapat pegang dan cuci bayi yang baru sahaja lahir ( baru kuar dari rahim). Memang exited gila. Baby tu pun comel-comel, ada yang twins juga tau. Memang saat tu rasa macam nak sangat ada baby sendiri. Memang hari yang indah dan pasti saya akan kenang sampai bila-bila.


Kemudian hari exam pun tiba. Setelah berhempas pulas jawab exam, akhirnya tamat semua paper exam. 






Ok2,,skarang nie bagi sesiapa yang mgkin ada melakukan kesilapan dan kesalahan,, mohon la ampun dan maaf selagi ibu/mama/mak/ummi kita masih ada. Mohon maaf sentiasa dengan ibu kita kerana kita mgkin xsedar kesilapan yang kita dah lakukan. Jaga lah hati dan perasaan ibu kita dan sentiasa bantu dia dalam lakukan tugas harian yang boleh menyenangkan hati ibu kita. 


Sayang mak..................( untuk mak saya).. (^_^)


                                                                                                                            Fiqa_aFiq

No comments:

Post a Comment