Tuesday, March 20, 2012

Minggu ini...(^_^)

Assalamualaikum...


Kepada pembaca sekalian...


Hem..lama juga saya xupdate blog, almaklumlah sekarang dah start minggu praktikal. As a student nurse, balik keje je ( Praktikal la..) of course penatkan. So sebab tu la saya jarang update blog saya ni. Tapi disebabkan ada seorang pembaca tu nak sangat saya update blog, so hari ini baru saya ada kesempatan untuk tunaikan permintaan dia ( senyuman khas buat dia..kalau nampak la,,heheh)


Ok lah, sepanjang seminggu ini, saya telah bertugas di wad Teratai 2C iaitu wad gynaecology (wad sakit puan la..) bersama dengan ahli kumpulan saya. So far ok dan seronok. Walaupun kadang-kadang macam xde keje sangat tapi tetap seronok sebab staff nurse wad tu sporting sangat. Saya selalu terbayang macam mana ek bila saya dah jadi staff nurse nanti. Mampu ke saya jadi seperti staff nurse yang saya kenal ni?? Hem saya harap saya mampu jadi staff nurse yang terbaik dan pro aktif, sentiasa confident semasa laksanakan tugas. Setakat ni sebagai student nurse banyak lagi yang perlu saya belajar. Hopefully semua staff nurse, sister dan pengajar2 tidak jemu membantu saya dan rakan2 untuk capai kejayaan dalam kerjaya kejururawatan ini.


Oklah... Baru-baru ini, saya banyak dengar cerita pasal, kawin awal. Wah, saya personally suka bila bicara atau dengar bab kawin awal ni. Sebabnya saya sendiri harap jodoh saya tiba awal. Kenapa? Well, saya percaya semua orang ada alasan tersendiri kenapa nak kawin awal. Kan??


Ok lah, saya selalu ingatkan diri saya, kalau saya nak kawin awal, saya mestilah siap sediakan diri saya dulu. Yela saya ni dah cukup bertanggungjawab ke? sebab bila dah kawin banyak lagi tanggungjawab yang lebih berat dari sekarang perlu saya pikul, ataupun saya ni dah cukup baik ke nak jadi isteri orang? So sebelum saya menjadi tanggungjawab orang lain saya mesti bertanggungjawab atas diri saya dulu. Saya mestilah kena didik diri saya menjadi orang yang lebih baik dan sentiasa patuh pada ajaran agamanya. Jadi mulakan dari sekarang k. Belajar menjadi anak yang baik dan belajar macam mana nak jadi isteri yang solehah.


ISTERI SOLEHAH:


1. Redha dengan suami yang telah dijodohkan oleh Allah.
2. Menjadi isteri yang setia kepada suami sama ada masa senang atau susah
3. Selalu mohon maaf dari suami. (Syurga wanita dibawah telapak kaki suaminya)
4. Sentiasa taat perintah suami selagi tidak bercanggah dengan syariat.
5. Mendahulukan suami dalam apa jua hal dan keadaan.
6. Sentiasa menghiburkan hati suami terutama apabila ia dalam kesusahan atau kerisauan.
7. Melembutkan pandangan serta tunduk dihadapan suami.
8. Tidak pernah mencegah dirinya dari disentuh suami ketika mana ia perlu.
9. Tidak khianat terhadap suami, pakaiannya, tempat tidurnya atau sebagainya ketika
     suami tiada.
10. Menghormati suami, ibubapa serta keluarga suami.
11. Selalu mendoakan kesejahteraannya.
12. Sentiasa dalam keadaan bersih, kemas dan menyukakan hati suami apabila dipandang.
13. Tidak keluar rumah tanpa izin suami.
14. Tidak meminta sesuatu yang diluar kemampuan suami.


Hem ini adalah beberapa cara nak menjadi isteri yang solehah. Saya tampal di meja saya. Setiap kali saya terfikir bab kawin, saya akan baca semua ni dan tanya pada dri saya. "Dah ada ke semua ciri-ciri ini pada aku?". So, girls who wanna get marry early, please make sure that you all be prepared cause being a wife is not easily than your thought. Ok, saya sendiri sentiasa mengingatkan diri saya. Semoga dia adalah jodoh terbaik buat diri saya dan semoga jodoh saya ni sama-sama berusaha untuk jadi yang terbaik buat diri saya. Amin....=)


                                                                                                                               Yang sedang rindu:          
                                                                                                                                    FiQa_aFiQ



Tuesday, March 13, 2012

Cuti Mid Sem,,Hem Ap yang Best?? =)

Assalamualaikum...


Nak update pasal apa yang menarik semasa cuti mid sem saya nie..=)


Ok pertama sekali nak cakap pasal cuti dulu la ea. Cuti saya bermula pada 2/3/2012 - 11/3/2012. So sampai rumah saya lbih kurg 10 .30 mlm. Memang letih jugak la, sebab masa tu  group saya beru je habis osce ( Exam praktikal). 


Ok lah,,selama seminggu di rumah, apa je yang saya buat ye?? Well semestinya aktiviti rutin biasa semasa di rumah iaitu kemas rumah, basuh baju, masak (sarapan, mkn tghari, mnum ptg, mkn malam). Ok yang beza sikit ialah tambah satu lagi rutin iaitu buat kuih siput..hehehe


Korang tau x ap itu kuih siput?? Hehe ok lah ni ad beberapa gambr tentang kuih siput,,


Ini selepas siap di gentel dan siap sedia untuk digoreng


Semasa digoreng




Setelah siap disira

Nak buat kuih siput ni senang je,,antara rajin dengan tak je. Cuti kali ini saya dah buat 5 kilogram kuih siput. Kemudian saya pack dalam paket kecil dan jual satu paket RM1. Alhamdulillah laku juga.


Ok, selain daripada itu semasa cuti saya bepeluang menonton wayang dengan................ (ehem2)... Sebenarnya seronok juga hari itu ( 8 Mac 2012 bersamaan dengan hari khamis). Apa yang saya xsangka ialah saya dapat hadiah dari dia ( Dapat baju t-shirt dari sabah). Seronok bukan main lagi saya. So hari itu kitorang spend masa dari pg sampai ptg (almaklumlah, jarang sangat dapat jumpa). So apa yang kitorg wat time jumpa, first beli tiket wayang, pastu g makan ( Nasi lemak yang saya masak sendiri) habis dia makan (Sedap la tu..hehehhe). Selepas tu, kitorg tengok wayang ( Cerita John Carter) best juga ceritanya. Habis tengok wayang teman dia g cc ( Lelaki mana boleh jauh dari game, kan??). Dia suruh saya duduk sebelah dia tengok dia main game, ok saya pula rasa xselesa, then saya ambil buku yang dia bawa untuk saya baca (Yakjuj & Makjuj Bencana disebalik Gunung) sebab dia tahu saya suka membacakan, so saya keluar dari cc tu dan duduk dikerusi awam kat terminal tu. Baca2 sampi la sejam, kami naik atas tempat kami makan tadi, stay kat situ sampai jam 4.30pm. Kitorg borak2, citer2, sekadar lepaskan rindu,,heheh pastu kitorg turun tok tunggu bas dia dan saya tunggu mak saya ambil. Tapi apa yang kelakarnya, masa kitorg lepak kat ats kitorg ad order  2 gelas air. Jap lagi kitorg main turun je xbayar. Hahaha nasib baik dia ingat, saya sendiri terlupa, sebab koitorg turun ikut jalan lain. hahaha 


Then, kami pun turun dan tunggu. Tunggu punya tunggu, akhirnya mak saya sampai dulu dan saya pun berangkat pulang ke rumah, dia sambung tunggu bas la. Hem harap2 selepas ini ada rezeki kami lagi untuk berjumpa. Amin..


Ha lupa nak cakap, masa kitorg lepak kat atas, dia ada cakap kat saya yang dia suka dengar satu lagu ni, ok ni saya sertakan lirik lagunya. Buat si Dia yang jauh di segamat tu, anggaplah yang saya sedang nyanyikan lagu ini untuk awak..=)



Terukir Di Bintang
Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia
Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…
Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu



Jauh dimata tapi dekat dihati



I LOVE SABAH AND I LOVE YOU




                                                                                                                                Ikhlas tapi Jauh..
                                                                                                                                  Fiqa_aFiq

Tuesday, March 6, 2012

CHANGE, CHANGE, CHANGE!!! BE AN EXCELLENT STAFF NURSE

Assalamualaikum...


Hem,,lama sudah xupdate..arap-arap idea keluar mlm nie..


Ok, Change3x!! For What?? and Why??....


Dari kata-kata nie,,mesti korg fikir yang saya ni tengah betul2 bersemangat. Actually memang agak bersemangat juga, walaupun perkara dah berlalu dari sebelum cuti lagi, tapi saya masih ingat kata pengajar saya.


Saya cerita dulu apa yang menyebabkan Pengajar S ( Pengajar yang telah mencadangkan program ni kepada pengarah kolej dan dia adalah Ketua program ini) saya tu beri nasihat macam2. Sebenarnya bermula dengan satu program yang dilaksanakan di kolej saya iaitu Student Centered Learning dan di bawah program ni ada banyak nama-nama program kecil2 dan salah satunya Problem Base Learning (PBL) yang saya dan kawan-kawan satu kumpulan sertai.


To be honest, saya pada mulanya xsuka langsung program ni, sebab saya rasa program ni xberi kemudahan kepada student pun. Majoriti kawan2 saya pun sama tidak setuju dan tidak suka dengan program PBL ni. Seminggu sebelum kami balik cuti mid sem nie, pada hari terakhir kelas PBL, Pengajar S saya tu masuk ke kelas dan seperti biasa dia minta kami present tajuk2 yang telah kami buat untuk PBL yang sebelum tu walaupun kami telah pun bincangkan tajuk tersebut dengan Pengajar R kami ( Pengajar yang mengajar kami tajuk tersebut AKA Surgical Nursing), tapi xpela Pengajar R pun selalu berpesan proses pembelajaran adalah proses yang berulang-ulang. Ok, masa hari itu, Pengajar S mahu kami memberi feed back berkenaan dengan program PBL secara keseluruhan. Apalagi, kami semua masing2 tersenyum (dalam hati kata: Yes inilah masanya untuk perjuangkan hak kami! Hahaha). Bila Pengajar S bagi green light je, laju kami pecut ( sediakan hujah2 untuk dibentangkan kepada Puan). Well inilah antara alasan kami ( Semua JP 1/11) dan jawapan Pengajar S:


1. Kengkangan Masa


Kami: Puan kami rasa program PBLni tidak sesuai dilakukan kerana kami tidak cukup masa. Puan bayangkanlah, kelas mula dari pagi sampai petang. Malam puala sibuk nak buat perbincangan PBL bila masa kami nak study subjek lain. Memang puan dah tetapkan masa untuk cari maklumat PBL semasa di kelas ( Iaitu ketika masa subjek Pengajar R) supaya kami tidak guna masa lain untuk siapkan perbincangan PBL. Tapi bagi kami yang masih baru dengan program ini kamia rasa masa itu sangat terhad buat kami dan kami rasa sejak ada program PBL kami terpaksa tumpukan dalam subjek PBL sahaja sehingga subjek lain terabai.
Pengajar S: Ok you all kata xcukup masa. Sekarang PBL saya dah ubah cara iaitu dengan menggunakan masa di kelas untuk cari maklumat, untuk perbincanagn dan untuk presentation. You all sepatutnya tidak perlu berbincang di luar waktu kelas tapi jika you all buat juga itu masa you all sendiri. So kat sini menunjukkan yang time management you all xbetul. You all must have time table untuk set waktu pembelajaran you all. Kalau sekarang you all kata you all tidak cukup msa nanti bila dah kerja you all yang xpandai urus masa you all cakap xcukup masa, that's why rama SN sekarang balik lewat sebab kerja xsiap kecualilah ada emergency case (patient drop). SN sepatutnya masuk dan balik kerja tepat pada masanya, tetapi majoriti SN skrg xpandai nak manage masa dan kerja sendiri. You'll see me, even saya banyak lagi kerja di bawah tapi saya still come ke kelas you'll untuk program PBL dan saya kerja saya tetap siap, setiap hari saya ikut program aerobik (petang2 tu) kalau tidak di dalam kolej saya ikut di luar kolej. See? How I manage my time. SO you all kene buat perkara yang sama untuk jadi SN yang berjaya. Jangan beri alasan tiada masa. Masa memang tidak akan tunggu you all, you all yang kene KEJAR MASA. So from today make your own time table.


2. Tidak dapat link basic dengan subjek sekarang.


Kami: Bagi kami, kami rasa program ini bagus cuma kami tiada basic tetang subjek itu. Contohnya penyakit ini, Cholelithiasis. Kami tertanya apa benda itu? hah? tak faham la? Memang kita boleh rujuk buku, but sometimes bila rujuk banyak buku, banyak sumber belum tentu kami faham. Kami tiada basic mengenai tajuk itu. Jadi kalau boleh beri la kami basic supaya kami faham. 
Pengajar S: You all kata you all tiada basic dan menyebabkan you all semua tidak dapat faham mengenai subjek PBL ni. Cuba you all ingat balik masa bila you all semua belajar basic ( Fisiologi normal dalam badan). Masa semester 1 kan?? Basic telah diberi cuma tinggal you all perlu kaitkan dengan penyakit yang you all belajar sekarang. Sebab itu saya pesan dari PBL first lagi, you all semua bukak semula nota2 sem 1, baca balik berkaitan A&P, Infeksi dan Inflamasi supaya you all boleh relate semula dengan subjek yang you all belajar sekarang. So terjawab x soalan???


3. Pemahaman pertama betul atau salah?


Kami: Ok, sekarang kami tak pasti mengenai fahaman kami. Contohnya la, setelah kami rujuk buku, internet kami dapat maklumat dan kami baca. Kemudian kami dapat faham tentang tajuk tersebut. Tapi apa jadi bila kami telah memahami tajuk tu dengan makna yang salah. Kami hanya rujuk buku, faham sendiri pastu present antara ahli kumpulan tapi akhirnya kami telah terangkan perkara yang salah. As a human being perkara yang pertama yang kita faham itulah yang kita akan ingat dan xmudah untuk kita ubah semula bila ianya salah.
Pengajar S: Ok, sekarang sebab itu saya sediakan satu kumpulan satu fasilitator supaya dia boleh tunjuk you all the right direction. Sebagai contoh, ada seorang orang buta dia xtahu jalan dan dia tanya kepada orang jadi dia akan dapat jalan yang betul, ataupun sekiranya orang itu tidak buta, tapi dia jalan dan tidak bertanya apabila dia tidak tahu, dia akan sesat juga kan. Jadi you all semua mestilah rujuk dengan fasilitator you all supaya you all tidak akan salah faham. 


4. Tahap pemahaman kami berbeza.  


Kami: Puan kami rasa PBL ini bagus, cuma tahap pemahaman kami berbeza. Sesetengah pelatih boleh cepat faham tapi ada sesetengahnya sukar untuk faham dan perlu masa yang lama untuk faham. Contohnya, bila kami terangkan kepada ahli kumpulan kami yang lain mengenai sub topik yang kami dapat ada sesetengahnya xdapat faham. Kebanyakan kami pula ada yang tidak pandai untuk menerangkan menyebabkan yang lain pun tidak dapat faham. Jadi kami perlu cara untuk memahami dengan mudah.
Pengajar S: Sebab itu saya letakkan you all dalam kumpulan, supaya you all boleh bantu dalam komunikasi dan bertukar idea supaya you all lebih mudah faham. Dalam kumpulan kenala saing bantu membantu. Kalau kawan-kawan you all xleh nak faham, you all yang terangkan cubalah terangkan dengan cara lain dan lebih mudah. You all semua bakal2 SN, nanti bila dekat wad you all juga yang kena beri pendidikan kepada pesakit. So, you all kenalah belajar daripada sekarang supaya boleh ajar pesakit nanti. Program ini sebenarnya banyak membantu you all sebenarnya.




Apa yang saya faham setelah 3 jam dibebel ialah sikap dan pemikiran kita sendiri. Iaitu sikap kita mestilah rajin, pandai menguruskan masa dan yang paling penting POSITIVE THINGKING dalam apa jua perkara yng kita lakukan. So xkira la kalau puan sedial]kan program PBL ke apa ke kita tetap dapat laksanakan dengan baik sebab kita mempunyai daya fikiran positif yang tinggi. Barulah kita dapat buat sesuatu kerja dengan mudah dan ikhlas. So Change our mind and our attitude in order to be an excellent SN. Ok saya remind diri saya sendiri juga..=) 


                                                                                                                                By:
                                                                                                                                Fiqa_aFiq