Tuesday, March 6, 2012

CHANGE, CHANGE, CHANGE!!! BE AN EXCELLENT STAFF NURSE

Assalamualaikum...


Hem,,lama sudah xupdate..arap-arap idea keluar mlm nie..


Ok, Change3x!! For What?? and Why??....


Dari kata-kata nie,,mesti korg fikir yang saya ni tengah betul2 bersemangat. Actually memang agak bersemangat juga, walaupun perkara dah berlalu dari sebelum cuti lagi, tapi saya masih ingat kata pengajar saya.


Saya cerita dulu apa yang menyebabkan Pengajar S ( Pengajar yang telah mencadangkan program ni kepada pengarah kolej dan dia adalah Ketua program ini) saya tu beri nasihat macam2. Sebenarnya bermula dengan satu program yang dilaksanakan di kolej saya iaitu Student Centered Learning dan di bawah program ni ada banyak nama-nama program kecil2 dan salah satunya Problem Base Learning (PBL) yang saya dan kawan-kawan satu kumpulan sertai.


To be honest, saya pada mulanya xsuka langsung program ni, sebab saya rasa program ni xberi kemudahan kepada student pun. Majoriti kawan2 saya pun sama tidak setuju dan tidak suka dengan program PBL ni. Seminggu sebelum kami balik cuti mid sem nie, pada hari terakhir kelas PBL, Pengajar S saya tu masuk ke kelas dan seperti biasa dia minta kami present tajuk2 yang telah kami buat untuk PBL yang sebelum tu walaupun kami telah pun bincangkan tajuk tersebut dengan Pengajar R kami ( Pengajar yang mengajar kami tajuk tersebut AKA Surgical Nursing), tapi xpela Pengajar R pun selalu berpesan proses pembelajaran adalah proses yang berulang-ulang. Ok, masa hari itu, Pengajar S mahu kami memberi feed back berkenaan dengan program PBL secara keseluruhan. Apalagi, kami semua masing2 tersenyum (dalam hati kata: Yes inilah masanya untuk perjuangkan hak kami! Hahaha). Bila Pengajar S bagi green light je, laju kami pecut ( sediakan hujah2 untuk dibentangkan kepada Puan). Well inilah antara alasan kami ( Semua JP 1/11) dan jawapan Pengajar S:


1. Kengkangan Masa


Kami: Puan kami rasa program PBLni tidak sesuai dilakukan kerana kami tidak cukup masa. Puan bayangkanlah, kelas mula dari pagi sampai petang. Malam puala sibuk nak buat perbincangan PBL bila masa kami nak study subjek lain. Memang puan dah tetapkan masa untuk cari maklumat PBL semasa di kelas ( Iaitu ketika masa subjek Pengajar R) supaya kami tidak guna masa lain untuk siapkan perbincangan PBL. Tapi bagi kami yang masih baru dengan program ini kamia rasa masa itu sangat terhad buat kami dan kami rasa sejak ada program PBL kami terpaksa tumpukan dalam subjek PBL sahaja sehingga subjek lain terabai.
Pengajar S: Ok you all kata xcukup masa. Sekarang PBL saya dah ubah cara iaitu dengan menggunakan masa di kelas untuk cari maklumat, untuk perbincanagn dan untuk presentation. You all sepatutnya tidak perlu berbincang di luar waktu kelas tapi jika you all buat juga itu masa you all sendiri. So kat sini menunjukkan yang time management you all xbetul. You all must have time table untuk set waktu pembelajaran you all. Kalau sekarang you all kata you all tidak cukup msa nanti bila dah kerja you all yang xpandai urus masa you all cakap xcukup masa, that's why rama SN sekarang balik lewat sebab kerja xsiap kecualilah ada emergency case (patient drop). SN sepatutnya masuk dan balik kerja tepat pada masanya, tetapi majoriti SN skrg xpandai nak manage masa dan kerja sendiri. You'll see me, even saya banyak lagi kerja di bawah tapi saya still come ke kelas you'll untuk program PBL dan saya kerja saya tetap siap, setiap hari saya ikut program aerobik (petang2 tu) kalau tidak di dalam kolej saya ikut di luar kolej. See? How I manage my time. SO you all kene buat perkara yang sama untuk jadi SN yang berjaya. Jangan beri alasan tiada masa. Masa memang tidak akan tunggu you all, you all yang kene KEJAR MASA. So from today make your own time table.


2. Tidak dapat link basic dengan subjek sekarang.


Kami: Bagi kami, kami rasa program ini bagus cuma kami tiada basic tetang subjek itu. Contohnya penyakit ini, Cholelithiasis. Kami tertanya apa benda itu? hah? tak faham la? Memang kita boleh rujuk buku, but sometimes bila rujuk banyak buku, banyak sumber belum tentu kami faham. Kami tiada basic mengenai tajuk itu. Jadi kalau boleh beri la kami basic supaya kami faham. 
Pengajar S: You all kata you all tiada basic dan menyebabkan you all semua tidak dapat faham mengenai subjek PBL ni. Cuba you all ingat balik masa bila you all semua belajar basic ( Fisiologi normal dalam badan). Masa semester 1 kan?? Basic telah diberi cuma tinggal you all perlu kaitkan dengan penyakit yang you all belajar sekarang. Sebab itu saya pesan dari PBL first lagi, you all semua bukak semula nota2 sem 1, baca balik berkaitan A&P, Infeksi dan Inflamasi supaya you all boleh relate semula dengan subjek yang you all belajar sekarang. So terjawab x soalan???


3. Pemahaman pertama betul atau salah?


Kami: Ok, sekarang kami tak pasti mengenai fahaman kami. Contohnya la, setelah kami rujuk buku, internet kami dapat maklumat dan kami baca. Kemudian kami dapat faham tentang tajuk tersebut. Tapi apa jadi bila kami telah memahami tajuk tu dengan makna yang salah. Kami hanya rujuk buku, faham sendiri pastu present antara ahli kumpulan tapi akhirnya kami telah terangkan perkara yang salah. As a human being perkara yang pertama yang kita faham itulah yang kita akan ingat dan xmudah untuk kita ubah semula bila ianya salah.
Pengajar S: Ok, sekarang sebab itu saya sediakan satu kumpulan satu fasilitator supaya dia boleh tunjuk you all the right direction. Sebagai contoh, ada seorang orang buta dia xtahu jalan dan dia tanya kepada orang jadi dia akan dapat jalan yang betul, ataupun sekiranya orang itu tidak buta, tapi dia jalan dan tidak bertanya apabila dia tidak tahu, dia akan sesat juga kan. Jadi you all semua mestilah rujuk dengan fasilitator you all supaya you all tidak akan salah faham. 


4. Tahap pemahaman kami berbeza.  


Kami: Puan kami rasa PBL ini bagus, cuma tahap pemahaman kami berbeza. Sesetengah pelatih boleh cepat faham tapi ada sesetengahnya sukar untuk faham dan perlu masa yang lama untuk faham. Contohnya, bila kami terangkan kepada ahli kumpulan kami yang lain mengenai sub topik yang kami dapat ada sesetengahnya xdapat faham. Kebanyakan kami pula ada yang tidak pandai untuk menerangkan menyebabkan yang lain pun tidak dapat faham. Jadi kami perlu cara untuk memahami dengan mudah.
Pengajar S: Sebab itu saya letakkan you all dalam kumpulan, supaya you all boleh bantu dalam komunikasi dan bertukar idea supaya you all lebih mudah faham. Dalam kumpulan kenala saing bantu membantu. Kalau kawan-kawan you all xleh nak faham, you all yang terangkan cubalah terangkan dengan cara lain dan lebih mudah. You all semua bakal2 SN, nanti bila dekat wad you all juga yang kena beri pendidikan kepada pesakit. So, you all kenalah belajar daripada sekarang supaya boleh ajar pesakit nanti. Program ini sebenarnya banyak membantu you all sebenarnya.




Apa yang saya faham setelah 3 jam dibebel ialah sikap dan pemikiran kita sendiri. Iaitu sikap kita mestilah rajin, pandai menguruskan masa dan yang paling penting POSITIVE THINGKING dalam apa jua perkara yng kita lakukan. So xkira la kalau puan sedial]kan program PBL ke apa ke kita tetap dapat laksanakan dengan baik sebab kita mempunyai daya fikiran positif yang tinggi. Barulah kita dapat buat sesuatu kerja dengan mudah dan ikhlas. So Change our mind and our attitude in order to be an excellent SN. Ok saya remind diri saya sendiri juga..=) 


                                                                                                                                By:
                                                                                                                                Fiqa_aFiq
    

No comments:

Post a Comment