Sunday, February 26, 2012

TC emmmm Seronoknye....=)



Assalamualaikum...


Hahaha...sory saya terlupa satu lagi pengalaman best saya dihujung minggu..=)


So hari Sabtu bersamaan dengan 25/02/2012 saya dan kawan baik saya serta dua lagi kawan saya (Abel,TrichomoNaz, PuPura), kami telah bersama-sama merealisasikan satu dari target kami untuk berjalan-jalan di Pantai Teluk Cempedak, Kuantan Pahang. Perjalanan kami bermula seawal jam 7.30 am, walaupun sepatutnya lebih awal sebab ada salah sorang dari kawan saya tu nak sangat tengok sunrise, tapi dia tertengok sunrise dari katil dia je ( padahal saya dah kejut tu,,hahaha). Selepas sarapan kami bertolak ke Teluk Cempedak dengan menaiki teksi. Pemandu teksi tu pun baik dan saya tanya Encik tersebut tentang tambang ke Air terjun Panching, dan dia telah tawarkan harga yang lebih murah daripada pemandu teksi yang saya tanya sebelum-sebelum ni. So may be next location is Air Terjun Panching (Apa kata kawan-kawan??). Anyway itupun kalau ada rezeki, sebab lepas ni kami pun dah nak masuk minggu praktikal dan minggu examination, takut xde masa untuk lakukan aktiviti bersama-sama. 




Berbalik cerita di Teluk Cempedak aka TC, sampai-sampai je kami di sana, dah nampak dah satu lagi kumpulan (kawan kami juga) sedang seronok bermandi-manda di pantai. Kami hanya melambai xjoin mndi pun sebab target cuma nak jalan-jalan and take a lot of pictures. So apalagi sampai je terus cari port terbaik n start 'Klik! sne' 'Klik sini' and 'Klik!klik!klik!'





Eh2 jgn tinggalkan saya, saya nak juga..
Tengoklah kami berjaya mendaki batu-batu ni..hehhe



Seronoknya,,'cheese'...

Wei Jom tulis nama atas batu eh silap-silap atas pasir..


Well inilah hasil kerja mereka..

Giliran kami pula tulis nama..
Ini pula hasilnya..




Kami berempat sangat seronok..=)
Ayu + Comel..heheheh









So..setelah penat kami tunggu dari pagi sehingga tengahari semata-mata nak makan nasi kukus kat TC ni akhirnya dapat juga kami makan, sedap juga. Apa yang penting kenyang..hehehe 




Sedap betul nasi kukus ni.."dik tambah satu lagi"
Ish tengah layan makan ni,,,cepat2 amek gambarnya..hehehe

So exited!! =)


So mungkin lepas nie,,kami akan bergerak ke lokasi seterusnya, jadi nantikan kedatangan kami..heheheh






By :   Fiqa_aFiq
^_^
--<@

KOIR OH KOIR....TETAP TERBAIK!!

Assalamualaikum....

To all my readers...

Well minggu yg lalu ni..bnyak betul event yang saya ikut, antaranya Majlis perpisahan pengajar di kolej saya. Kebetulan kumpulan saya (JP 1/11) dikehendaki mengurusakan majlis tersebut. Saya pula terlibat dalam persembahan untuk majlis perpisahan tersebut and automatik saya perlu menguruskan kumpulan persebahan tersebut ( walaupun xdilantik pun, niat saya nak tolong). So untuk tidak memeningkan kepala saya mencadangkan untuk lakukan pesembahan koir memandangkan masa yang ada tidak banyak dan kami perlu berlatih setiap malam hanya untuk persembahan itu. Penat memang penat, sampaikan saya ni balik bilik sekadar untuk tidur je, almaklum kurang masa rehat. (huhuhu) Sampaikan selepas waktu kelas pun ada latihan. (Tak sempat tukar uniform)


Ok kawan-kawan, lagu nie macam nie,,( Hora...Ha..ashimoto wo mi..ha..lalalalala)


Focus betul ...ingat tau lirik lagunya kawan-kawan..=)


Ha...ha..ha...ha....lala...(Ha macam tu note lagunya...)


So...macamtu la,,sesi latihan yang penuh komitmen,,walaupun kadang-kadang ada juga yang xikut arahan, tapi xpela saya pun faham bukan senang nak handle banyak kepala nie.. Apapun Tahniah untuk semua ahli koir (Suara Kami)  di atas kejayaan dalam persembahan dan kepada semua ahli kumpulan (JP 1/11) yang telah berjaya menjayakan majlis persaraan tersebut.

Friday, February 17, 2012

Kawan makan kawan! Dimana Sahabat kita sekarang??

Assalamualaikum...

Buat semua yang sudi baca...

Nak cari kawan memang senangkan,lagi-lagi yang sekepala dengan kita, yang kalau time kita nak enjoy tu ada saje. Tapi kalau nak cari sahabat mak ai susah,yang kalau kita menangis dia pun sama menangis dengan kita. Zaman sekarang kalau ada pun mungkin xramai, yang ramai tinggalkan kawan bila kawan tu susah atau tikam belakang kawan (KAWAN MAKAN KAWAN) adalah, event kalau ada sejuta kawan pun belum tentu salah seorang dari semua tu adalah SAHABAT.

Saya ada satu kisah, berlaku pada orang terdekat saya sendiri. Sebenarnya dia (Si A) sangat baik, rajin, tapi hanya disebabkan terpengaruh dengan (Si B) dia berubah. Mungkin masa tu dia terikut-ikut dengan jiwa remaja dia. Sikap memberontak dia terlalu kuat. Walaupun parents dia kata xboleh keluar, tiba-tiba ZUUP!! hilang dah, xde dah kat rumah. Tapi takdir Tuhan menentukan segalanya, something had happened.Si A rasa menyesal dengan perbuatan dia, banyak sangat salah dia pada parents dia, pada kakak dia, hem pada seluruh keluarga dia lah. Family Si A ni xpernah jauhkan diri daripada Si A, banyak sokongan moral diberi supaya dia kembali pulih seperti sediakala. Si B pulak, teruk kena marah dengan parents Si A. Sejak hari tu Si B xdibenarkan jumpa Si A langsung. Well kisah Si B dah xpenting langsung dalam hidup Si A dan keluarganya. Tapi akibat daripada kejadian itu, keluarga Si A ini terpaksa berdepan dengan orang ramai yang xfaham masalah sebenar, keluarga si B pula tabur fitnah supaya keluarga si A ni malu, tapi Allah Maha Kuasa dan Maha Adil. Si A dah pun dapat balasannya, jadi xperlulah orang sekelilingnya 
menghukum lagi kan?? 




Kemudian setelah setahun perkara tu berlaku, Si A kembali hidup normal, semakin ceria, dan semakin memahami erti hidup. Dia pun sudah kembali aktif. Baru-baru ni Si A ada mengikuti satu kem untuk pelajar-pelajar lepasan SPM. Si A sangat sukakan aktiviti lasak. Masa di kem itulah Si A kembali bertemu dengan kawan-kawan lama yang satu sekolah dan ada yang satu kampung dengannya. Disebalik kecerian bertemu dengan kawan-kawan lama ni, ada juga kawan-kawan yang pura-pura baik di depan tapi akhirnya menikam belakang kawan sendiri.Si C&D ni dua insan yang sanggup talam dua muka, dan tikam kawan sendiri.  Si C&D telah menghebohkan tentang peristiwa yang berlaku pada Si A sekian dulu. Si A yang asalnya ingin melupakan semua kisah itu kembali sedih akibatkan dua insan yang menggelarkan diri mereka itu kawan dan kawan-kawan dalam kem pula mula memandang serong pada Si A. Hem sekarang kita sendiri dapat lihat betapa mudahnya orang yang dinamakan kawan ni mengkhianati kawan sendiri. Alhamdulillah setelah diberi nasihat dan sokongan Si A dapat harungi dugaannya dengan tenang. 




Kawan ini umpama cermin diri kita, sepatutnya kawan yang baik akan bantu kita untuk menjadi lebih baik. Kita tidak akan dapat melihat kesilapan diri kita sendiri tanpa bantuan seorang kawan. Kawan juga tempat kita untuk berkongsi suka dan duka, berkongsi susah dan senang,berkongsi kejayaan atau kegagalan, berkongsi rezeki, berkongsi tekanan, berkongsi ketawa, bekongsi segala yang mampu dikongsikan. Dan dari situ kita akan bertemu dengan sahabat yang sejati, yang tidak pernah meninggalkan diri kita ketika kita sakit, yang sanggup berlapar hanya untuk melihat sahabatnya makan, yang sanggup berkorban masa depan sendiri demi masa depan sahabatnya, yang sanggup menangis di hening malam untuk mendoakan agar sahabatnya cepat sembuh dan kembali ceria. Itulah sahabat sejati, terlalu indah untuk kita gambarkan erti sahabat sejati. Penuh rasa kasih sayang kerana Allah S.W.T, rasa pengorbanan dan kesetiaan, kejujuran dalam persahabatan, saling menjaga dan berbagi itulah SAHABAT.

Saya juga ada sahabat, yang sehingga kini saya masih lagi berhubung dengannya, walaupun kami jauh terpisah, namun saya sentiasa mendoakan agar kami dapat mencapai impian dan cita-cita kami,semoga Allah sentiasa melindungi dan memberkati hubungan persahabatan kami serta anda semua.

SAHABAT

Kulayarkan kerinduan dilautan memori,
Mengimbau kenangan indah yang menyentuh emosi,
Masih sega diingatan saat mesra berputik,
Hadirmu bawa sinaran cahaya inspirasi,
Sahabat kau sesungguhnya,
Temanku dikala suka dan lara.

Tika ku buntu diselubungi sendu,
Kau tiupkan ketabahan untukku ukir senyuman,
Bagaikan mendung hilang diterbit fajar,
Kau pergi jauh mengejar cita menggapai redha yang Esa.

Duhai sahabat dengarkanlah bicara hatiku ini,
Meskipun jarak memisahkan namun tiada noktah kasih,
Biarlah waktu menentukan nilai ukhwah yang terjalin,
Teruskanlah perjuangan hingga ketitisan darah terakhir.

Sahabat kau sesungguhnya,
Temanku dikala suka dan lara.

Tika ku buntu diselubungi sendu,
Kau tiupkan ketabahan untukku ukir senyuman,
Bagaikan mendung hilang diterbit fajar,
Kau pergi jauh mengejar cita menggapai redha yang Esa.

Duhai sahabat dengarkanlah bicara hatiku ini,
Meskipun jarak memisahkan namun tiada noktah kasih,
Biarlah waktu menentukan nilai ukhwah yang terjalin,
Teruskanlah perjuangan hingga ketitisan darah terakhir.

Dan aku masih disini terus mendaki puncak tertinggi hidupku,
Dan aku terus menanti saat yang manis akan berulang kembali..
SAHABAT......



Wednesday, February 15, 2012

Kebersihan, Penting atau Tidak??

Assalamualaikum..

Kepada semua yang sudi nak baca blog ni..hehehe

Hari ini,saya ada satu cerita yang saya rasa saya nak berkongsi la. Hem..baru-baru ni ada sesuatu yang berlaku dalam kolej saya. Sejujurnya saya sendiri tidak pasti apakah benar atau tidak cerita ini ( Sebab saya belum pernah alaminya). Tetapi apa yang saya pasti, memang benar ada kehidupan atau makhluk lain yang hidup disekeliling kita, yang kita tidak nampak dengan mata kasar. Tetapi saya masih lagi pegang kata-kata orang yang lebih tua dari saya, "Kita tak kacau dia, dia xkan kacau kita". Sejauh mana kebenaran kata-kata itu bergantung kepada orang yang mempercayainya.



Ok, cerita ini saya dapat dari kawan sekelas saya. Perkara ni terjadi beberapa hari yang lepas. Ada salah seorang pelajar kolej saya (pelajar A) yang mengaku berjumpa dengan "......". Kisahnya begini, pelajar A itu sedang mengambil pakaian di ampaian yang berhampiran dengan bilik air. Tiba-tiba ada seorang pelajar lain menegurnya (Pelajar B). Pelajar B itu berpakaian uniform,berkain batik, dan memegang teko (betul atau tidak wallahualam). Pelajar B itu bertanya kepada pelajar A, "Adik akak cari bilik akak. Adik tahu tak dekat mana?" Kemudian pelajar A bertanya semula, "Bilik akak no.berapa?". "Bilik akak no 688 tapi akak jumpa bilik 611 je."........

Untuk pengetahuan semua,nombor bilik terakhir di kolej saya adalah 628. Jadi dimana bilik 688?? Itulah kisah yang saya dengar bukan dari satu mulut tapi dari banyak mulut. Jadi sejujur-jujurnya saya tidak pasti cerita ini benar atau tidak. Hanya orang yang pernah mengalaminya sahaja yang tahu.Disebabkan kisah yang berlaku ini, malam ni (baru je tadi) semua pelajar kolej kami dikehendaki membaca yasin di dalam bilik masing-masing. Alhamdulillah, saya rasa semuanya berjalan dengan baik. 



Cuma, apa yang saya ingin katakan disini, untuk mencegah diri kita daripada diganggu oleh syaitan dan iblis kita mestilah menjaga hubungan kita dengan Allah. Menjaga solat, mengaji, melakukan perkara yang baik dan benar termasuklah menjaga kebersihan diri dan persekitaran kita. Apa yang saya lihat di kolej saya ni semua dah cantik, bilik tv cantik, asrama cantik semuanya cantik lah. Tetapi yang kurangnya ialah kebersihan. Saya rasa semua maklum tentang perkara ni, tempat yang kotor adalah tempat yang disukai syaitan dan iblis. Oleh itu, jagaan kebersihan ini mesti diutamakan untuk mengelakkan diri kita jauh dari sebarang gangguan dan secara tidak langsung, akan memberi kita semua keselesaan semasa berada di kolej. Sebagai wanita, kita adalah kaum yang dipandang baik dan sopan oleh kaum adam. Oleh itu, sentiasa lah ingat mengingati antara satu sama lain supaya kita menjaga kebersihan diri. Janganlah buang tuala wanita tu bersepah-sepah (maaf jika sensitif). Bagi saya, saya malu bila orang mengatakan yang wanita sekarang pengotor (bukan semua sesetengah jer) yang tidak bertanggungjawab. Seharusnya kita menjadi contoh yang baik kerana kita semua mempunyai keluarga dan bakal mempunyai keluarga sendiri, macam mana kita nak didik anak-anak sedangkan diri kita sendiri tidak betul lagi. So, mulakan dari sekarang. Berubahlah ke arah kebaikan supaya kita semua mendapat manfaatnya. 

Ha lagi satu, mengaji ini bukan hanya ketika kita rasa diganggu baru kita mengaji, TETAPI kita sepatutnya mengamalkan bacaan al-Quran supaya kita sentiasa dilindungi Allah S.W.T. Amalan mengaji ini kita boleh amalkan setiap hari contohnya selepas waktu solat fardu atau kalau dah malas sangat mulakan dengan seminggu sekali kemudian naik sikit-sikit 2 hari sekali dan seterusnya. Mengaji ini adalah cara untuk kita sentiasa mendekatkan diri kita kepada Allah S.W.T dan orang yang sentiasa dekat dengan Allah akan mendapat ketenangan jiwa, InsyaAllah (salah satu cara untuk kurangkan stess juga). Banyak fadhilat yang kita akan dapat apabila sentiasa mengamalkan bacaan Al-Quran termasuk dilindungi daripada gangguan syaitan.

Oleh itu kepada kawan-kawan dan termasuk diri saya sendiri, rajin-rajin lah membaca Al-Quran dan jagalah kebersihan diri supaya kita semua jauh daripada gangguan syaitan dan iblis. Amalan yang baik akan dibalas dengan perkara yang baik dan amalan yang jahat akan dibalas jahat. Mudah-mudahan kita semua sentiasa dibawah perlindungan dan rahmat dari Nya. InsyaAllah..


Sunday, February 12, 2012

Macam-Macam Ragam.

Assalamualaikum...


Well.. After a year I remember to upload my blog. hahaha,, Bila dah setahun makin banyaklah cerita or kenangan yang tercipta. Kalau nak taip semua alamatnya sampai besok tak siap update. OK lah start dengan tahun lepas.


Apa paling saya ingat ialah cuti semester bulan 12. Ha, waktu tu saya dan kawan baik saya terpaksa mengorbankan 1 minggu cuti sem untuk menjadi wakil kolej dalam pertandingan karaoke sempena Majlis Konvokesyen Kementerian Kesihatan Malaysia. Well, memang satu majlis yang besar dan majlis konvo pertama yang menggabungkan semua negeri di Semenanjung Malaysia. Tempat berlangsung pun satu tempat yang hebat bagi saya, yela kolej baru la katakan. Namanya Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Ulu Kinta, Perak. Memang tempat yang cantik. Biliknya mewah, satu bilik 2 orang dan 2 bilik satu tandas. Alamari pun besar, macam hotel pun ada. Sangat mewah. Tapi satu je yang xbest. Kolej besar + tinggi tapi xde lif. Cuba bayangkan, kolej 8 tingkat dan kitorang yang baru sampai dengan beg2 yang besar terpaksa naik tangga ke tingkat 8.Kolej kitorg yang 5 tggkat pun ad lif tau. Memang sape yang ad asthma boleh pengsan sampai bila atas.Huh! nasib baik bilik saya dan kawan baik saya betul2 depan tangga, lau tidak pengsan jugak kitorg. But I felt very niced when saw the room.


Ha selama seminggu kat sana macam-macam benda jadi. Mula-mula, kitorg ingat kitorg kena focus untuk pertandinagn yang kitorg masuk je macam karaoke, tarian, dikir barat dan game2 lain. Rupa-rupanya kena jadi penyambut tetamu pula.So kitorg ni cuma student kenalah ikut arahan kan. Tapi yang jadi masalah kitorg dah ikut arahan, penat layan kerenah ibu bapa, graduan dan staff kat sane,bolah pulak ad staff yang kata kitorg xbuat kerja dan marah-marah kitorg xtentu pasal.Dah la nama saya dan kwn baik saya xde dalam senarai nama student. Pelik bin ajaib, seolah-olah saya ni xpergi pun wakil kolej. Hem sakit betul hati ni. Lepas tu saya dan kawan saya wakil karaoke duet, nama kitorang pun tak di daftar untuk pertandingan tu. Sedih betul kitorg, datang jauh-jauh, korbankan cuti tapi nama xdidaftar. Saya pun xpuas hati la, terus rujuk pada pengurus bahagian pertandingan, dan En F ni pun cakap, " xpela bagila nama korg, tapi korg last2 la k. Bnyak lagi persembahan dan pertandingan." Saya pun setuju la, nak buat macam mana, memang pengurusan xsistemetik langsung. Tension jugak kitorg kat sane. Hem pastu kitorg pnye persembahan xdapat buat malam tu juga sebab bekalan elektrik terputus tiba-tiba. So terpaksa stop. Lepas tu pihak pengurusan cakap ditunda malam lusa. Alhamdulillah la, kitorg dapat menjuarai pertandingn tu, Puas hati jugak dengan hadiah dan pihak kolej bekalkan sijil. Tapi dalam masa yang sama kitorg turut bersimpati dengan pasukan dikir barat yang dah bertungkus- lumus berlatih untuk pertandingan yang tiba-tiba disaat akhir dikira satu persembahan sahaja. Penat lelah diorg umpama sia-sia hanya kerana kecuaian pihak pengurusan yang tidak maklumkan pada pihak kolej tentang pembatalan pertandingan dikir barat tu.Hal ni semualah yang buatkan kitorg serik untuk jadi wakil kolej lagi. Umpama pengorbanan yang tidak dihargai.


Hem, so semalam, baru je berakhir pertandingn Nasyid dan koir peringkat kolej. Group saya mewakili pertandingan koir dan nama pasukan kami ialah "SUARA KAMI".Saya serta kawan baik saya menjadi ketua untuk latihan koir tu. Tapi sayangnya keputusannya tidak diumumkan semalam,katanya nak diumumkan masa perhimpunan. Lepas tu puan kata pasukan yang menang akan mewakili kolej ke pertndingan yang untuk majlis konvo lagi. Apalagi kitorang dah pk awal2 kalau menang kitorg xnk masuk, serik sangat la,,,


Sekarang, tangah tunggu untuk pertandingan bola tampar, saya xpernah wakil, if terpilih saya nak, dan saya harap xjadi macam majlis konvo yang lepas.


Now, kena start study k, sebab kemungkinan besok ada test, dan malam sok ada english test pulak, bnyak betul tets..Sabo jela,,


Anyway, Good luck k kawan2..=) Semoga kejayaan mengiri kita semua ye..=)