Wednesday, February 15, 2012

Kebersihan, Penting atau Tidak??

Assalamualaikum..

Kepada semua yang sudi nak baca blog ni..hehehe

Hari ini,saya ada satu cerita yang saya rasa saya nak berkongsi la. Hem..baru-baru ni ada sesuatu yang berlaku dalam kolej saya. Sejujurnya saya sendiri tidak pasti apakah benar atau tidak cerita ini ( Sebab saya belum pernah alaminya). Tetapi apa yang saya pasti, memang benar ada kehidupan atau makhluk lain yang hidup disekeliling kita, yang kita tidak nampak dengan mata kasar. Tetapi saya masih lagi pegang kata-kata orang yang lebih tua dari saya, "Kita tak kacau dia, dia xkan kacau kita". Sejauh mana kebenaran kata-kata itu bergantung kepada orang yang mempercayainya.



Ok, cerita ini saya dapat dari kawan sekelas saya. Perkara ni terjadi beberapa hari yang lepas. Ada salah seorang pelajar kolej saya (pelajar A) yang mengaku berjumpa dengan "......". Kisahnya begini, pelajar A itu sedang mengambil pakaian di ampaian yang berhampiran dengan bilik air. Tiba-tiba ada seorang pelajar lain menegurnya (Pelajar B). Pelajar B itu berpakaian uniform,berkain batik, dan memegang teko (betul atau tidak wallahualam). Pelajar B itu bertanya kepada pelajar A, "Adik akak cari bilik akak. Adik tahu tak dekat mana?" Kemudian pelajar A bertanya semula, "Bilik akak no.berapa?". "Bilik akak no 688 tapi akak jumpa bilik 611 je."........

Untuk pengetahuan semua,nombor bilik terakhir di kolej saya adalah 628. Jadi dimana bilik 688?? Itulah kisah yang saya dengar bukan dari satu mulut tapi dari banyak mulut. Jadi sejujur-jujurnya saya tidak pasti cerita ini benar atau tidak. Hanya orang yang pernah mengalaminya sahaja yang tahu.Disebabkan kisah yang berlaku ini, malam ni (baru je tadi) semua pelajar kolej kami dikehendaki membaca yasin di dalam bilik masing-masing. Alhamdulillah, saya rasa semuanya berjalan dengan baik. 



Cuma, apa yang saya ingin katakan disini, untuk mencegah diri kita daripada diganggu oleh syaitan dan iblis kita mestilah menjaga hubungan kita dengan Allah. Menjaga solat, mengaji, melakukan perkara yang baik dan benar termasuklah menjaga kebersihan diri dan persekitaran kita. Apa yang saya lihat di kolej saya ni semua dah cantik, bilik tv cantik, asrama cantik semuanya cantik lah. Tetapi yang kurangnya ialah kebersihan. Saya rasa semua maklum tentang perkara ni, tempat yang kotor adalah tempat yang disukai syaitan dan iblis. Oleh itu, jagaan kebersihan ini mesti diutamakan untuk mengelakkan diri kita jauh dari sebarang gangguan dan secara tidak langsung, akan memberi kita semua keselesaan semasa berada di kolej. Sebagai wanita, kita adalah kaum yang dipandang baik dan sopan oleh kaum adam. Oleh itu, sentiasa lah ingat mengingati antara satu sama lain supaya kita menjaga kebersihan diri. Janganlah buang tuala wanita tu bersepah-sepah (maaf jika sensitif). Bagi saya, saya malu bila orang mengatakan yang wanita sekarang pengotor (bukan semua sesetengah jer) yang tidak bertanggungjawab. Seharusnya kita menjadi contoh yang baik kerana kita semua mempunyai keluarga dan bakal mempunyai keluarga sendiri, macam mana kita nak didik anak-anak sedangkan diri kita sendiri tidak betul lagi. So, mulakan dari sekarang. Berubahlah ke arah kebaikan supaya kita semua mendapat manfaatnya. 

Ha lagi satu, mengaji ini bukan hanya ketika kita rasa diganggu baru kita mengaji, TETAPI kita sepatutnya mengamalkan bacaan al-Quran supaya kita sentiasa dilindungi Allah S.W.T. Amalan mengaji ini kita boleh amalkan setiap hari contohnya selepas waktu solat fardu atau kalau dah malas sangat mulakan dengan seminggu sekali kemudian naik sikit-sikit 2 hari sekali dan seterusnya. Mengaji ini adalah cara untuk kita sentiasa mendekatkan diri kita kepada Allah S.W.T dan orang yang sentiasa dekat dengan Allah akan mendapat ketenangan jiwa, InsyaAllah (salah satu cara untuk kurangkan stess juga). Banyak fadhilat yang kita akan dapat apabila sentiasa mengamalkan bacaan Al-Quran termasuk dilindungi daripada gangguan syaitan.

Oleh itu kepada kawan-kawan dan termasuk diri saya sendiri, rajin-rajin lah membaca Al-Quran dan jagalah kebersihan diri supaya kita semua jauh daripada gangguan syaitan dan iblis. Amalan yang baik akan dibalas dengan perkara yang baik dan amalan yang jahat akan dibalas jahat. Mudah-mudahan kita semua sentiasa dibawah perlindungan dan rahmat dari Nya. InsyaAllah..


No comments:

Post a Comment