Friday, February 17, 2012

Kawan makan kawan! Dimana Sahabat kita sekarang??

Assalamualaikum...

Buat semua yang sudi baca...

Nak cari kawan memang senangkan,lagi-lagi yang sekepala dengan kita, yang kalau time kita nak enjoy tu ada saje. Tapi kalau nak cari sahabat mak ai susah,yang kalau kita menangis dia pun sama menangis dengan kita. Zaman sekarang kalau ada pun mungkin xramai, yang ramai tinggalkan kawan bila kawan tu susah atau tikam belakang kawan (KAWAN MAKAN KAWAN) adalah, event kalau ada sejuta kawan pun belum tentu salah seorang dari semua tu adalah SAHABAT.

Saya ada satu kisah, berlaku pada orang terdekat saya sendiri. Sebenarnya dia (Si A) sangat baik, rajin, tapi hanya disebabkan terpengaruh dengan (Si B) dia berubah. Mungkin masa tu dia terikut-ikut dengan jiwa remaja dia. Sikap memberontak dia terlalu kuat. Walaupun parents dia kata xboleh keluar, tiba-tiba ZUUP!! hilang dah, xde dah kat rumah. Tapi takdir Tuhan menentukan segalanya, something had happened.Si A rasa menyesal dengan perbuatan dia, banyak sangat salah dia pada parents dia, pada kakak dia, hem pada seluruh keluarga dia lah. Family Si A ni xpernah jauhkan diri daripada Si A, banyak sokongan moral diberi supaya dia kembali pulih seperti sediakala. Si B pulak, teruk kena marah dengan parents Si A. Sejak hari tu Si B xdibenarkan jumpa Si A langsung. Well kisah Si B dah xpenting langsung dalam hidup Si A dan keluarganya. Tapi akibat daripada kejadian itu, keluarga Si A ini terpaksa berdepan dengan orang ramai yang xfaham masalah sebenar, keluarga si B pula tabur fitnah supaya keluarga si A ni malu, tapi Allah Maha Kuasa dan Maha Adil. Si A dah pun dapat balasannya, jadi xperlulah orang sekelilingnya 
menghukum lagi kan?? 




Kemudian setelah setahun perkara tu berlaku, Si A kembali hidup normal, semakin ceria, dan semakin memahami erti hidup. Dia pun sudah kembali aktif. Baru-baru ni Si A ada mengikuti satu kem untuk pelajar-pelajar lepasan SPM. Si A sangat sukakan aktiviti lasak. Masa di kem itulah Si A kembali bertemu dengan kawan-kawan lama yang satu sekolah dan ada yang satu kampung dengannya. Disebalik kecerian bertemu dengan kawan-kawan lama ni, ada juga kawan-kawan yang pura-pura baik di depan tapi akhirnya menikam belakang kawan sendiri.Si C&D ni dua insan yang sanggup talam dua muka, dan tikam kawan sendiri.  Si C&D telah menghebohkan tentang peristiwa yang berlaku pada Si A sekian dulu. Si A yang asalnya ingin melupakan semua kisah itu kembali sedih akibatkan dua insan yang menggelarkan diri mereka itu kawan dan kawan-kawan dalam kem pula mula memandang serong pada Si A. Hem sekarang kita sendiri dapat lihat betapa mudahnya orang yang dinamakan kawan ni mengkhianati kawan sendiri. Alhamdulillah setelah diberi nasihat dan sokongan Si A dapat harungi dugaannya dengan tenang. 




Kawan ini umpama cermin diri kita, sepatutnya kawan yang baik akan bantu kita untuk menjadi lebih baik. Kita tidak akan dapat melihat kesilapan diri kita sendiri tanpa bantuan seorang kawan. Kawan juga tempat kita untuk berkongsi suka dan duka, berkongsi susah dan senang,berkongsi kejayaan atau kegagalan, berkongsi rezeki, berkongsi tekanan, berkongsi ketawa, bekongsi segala yang mampu dikongsikan. Dan dari situ kita akan bertemu dengan sahabat yang sejati, yang tidak pernah meninggalkan diri kita ketika kita sakit, yang sanggup berlapar hanya untuk melihat sahabatnya makan, yang sanggup berkorban masa depan sendiri demi masa depan sahabatnya, yang sanggup menangis di hening malam untuk mendoakan agar sahabatnya cepat sembuh dan kembali ceria. Itulah sahabat sejati, terlalu indah untuk kita gambarkan erti sahabat sejati. Penuh rasa kasih sayang kerana Allah S.W.T, rasa pengorbanan dan kesetiaan, kejujuran dalam persahabatan, saling menjaga dan berbagi itulah SAHABAT.

Saya juga ada sahabat, yang sehingga kini saya masih lagi berhubung dengannya, walaupun kami jauh terpisah, namun saya sentiasa mendoakan agar kami dapat mencapai impian dan cita-cita kami,semoga Allah sentiasa melindungi dan memberkati hubungan persahabatan kami serta anda semua.

SAHABAT

Kulayarkan kerinduan dilautan memori,
Mengimbau kenangan indah yang menyentuh emosi,
Masih sega diingatan saat mesra berputik,
Hadirmu bawa sinaran cahaya inspirasi,
Sahabat kau sesungguhnya,
Temanku dikala suka dan lara.

Tika ku buntu diselubungi sendu,
Kau tiupkan ketabahan untukku ukir senyuman,
Bagaikan mendung hilang diterbit fajar,
Kau pergi jauh mengejar cita menggapai redha yang Esa.

Duhai sahabat dengarkanlah bicara hatiku ini,
Meskipun jarak memisahkan namun tiada noktah kasih,
Biarlah waktu menentukan nilai ukhwah yang terjalin,
Teruskanlah perjuangan hingga ketitisan darah terakhir.

Sahabat kau sesungguhnya,
Temanku dikala suka dan lara.

Tika ku buntu diselubungi sendu,
Kau tiupkan ketabahan untukku ukir senyuman,
Bagaikan mendung hilang diterbit fajar,
Kau pergi jauh mengejar cita menggapai redha yang Esa.

Duhai sahabat dengarkanlah bicara hatiku ini,
Meskipun jarak memisahkan namun tiada noktah kasih,
Biarlah waktu menentukan nilai ukhwah yang terjalin,
Teruskanlah perjuangan hingga ketitisan darah terakhir.

Dan aku masih disini terus mendaki puncak tertinggi hidupku,
Dan aku terus menanti saat yang manis akan berulang kembali..
SAHABAT......



No comments:

Post a Comment