Saturday, April 21, 2012

Cintaku Rinduku Padamu...


Cinta Antara Kita

Duta dan Baizura Kahar

Sejak dari dulu ku menyintai mu,
Kau tahu begitu namun kau berpura,
Ku masih teringat kau peluk diriku ,
Kau telah membuat ku mencintaimu.

Sudah berapa lama diriku ini tak bertemu mu,
Mungkin ku harap jua kau merinduku sebagaimana ku rindumu,

Cinta antara kita tiada penghalangnya,
Walau akhir usia ku mencinta dirimu,
Ku hanya menunggumu menyata kau cintaku,
Ku kan berjanji menyintamu sayang.

Setelah kau pergi jauh dari sisi,
Tiada ku cinta selain dirimu,
Ku ingin bersama dengan mu selamanya,
Biarpun sehingga ke akhir nyawa.

Mungkin kau tak mengerti maksudku dulu pada dirimu,
Kini ku kan menyinta dirimu itu sehingga ke akhir waktu.

Cinta antara kita tiada penghalangnya,
Walau akhir usia ku menyinta dirimu,
Ku hanya menunggumu menyata kau cintaku,
Ku kan berjanji menyintamu sayang.

Sudah berapa lama diriku ini tak bertemu mu,
Mungkin ku harap jua kau merinduku sebagaimana ku rindumu.

Cinta antara kita tiada penghalangnya,
Walau akhir usia ku mencinta dirimu,
Ku hanya menunggumu menyata kau cintaku,
Ku kan berjanji menyintamu sayang.
Cinta antara kita tiada penghalangnya,
Walau akhir usia ku mencinta dirimu,
Ku hanya menunggumu menyata kau cintaku,
Ku kan berjanji menyintamu sayang.

Ku kan berjanji menyinta mu sayang...


Rindu padanya, lagu ini saya dedikasikan buat si dia yang dirindui..

Dikala hujan turun membasahi bumi, saat itu ku teringat akan dirimu,
Yang sentiasa menemaniku tatkala jiwa ku dirundum pilu, 
Tatkala hati ini rasa gelisah dan tatkala rasa ingin berkongsi cerita indah,
Jiwaku meronta kerana tidak ingin berjauhan darimu,
Namun aku tetap menahan dan bersabar menunggu hari bahagia kita.
Ku merindui mu sebanyak bintang dilangit, seperti pasir ditepi pantai,yang tidak dapat ku hitung banyaknya,
Ku tahu kau jua merinduiku dan ku berdoa agar kita bahagia bersama selamanya...

                                                                                                                                  Fiqa_aFiq




Friday, April 20, 2012

HMS.. Rindunya saya..(^_^)


Assalamualaikum

Kepada pembaca sekalian..

Well sebenarnya post ni sepatutnya saya post minggu lepas selepas saya balik dari Muadzam Shah. Tetapi disebabkan oleh kepenatan dan selepas itu saya start kerja semula so keinginan saya untuk post terbantut untuk seketika sehinggalah hari ini.

Oklah, post kali ini saya nak berkongsi sedikit pengalaman saya ketika posting di Hospital Muadzam Shah (HMS). Actually not bad la bila duduk kat sana. Firstly nak cerita la serba sedikit tentang asrama jururawat di sana. Saya dan ahli kumpulan saya (9 orang termasuk saya lah) tiba di di asrama tersebut lebih kurang jam 12 tgahari. Sampai-sampai je memang tak tahu nak buat apa sebab kitorang sampai xde sape-sape pun yang sambut, penyelia asrama pun xde. Hai, nasib baiklah kat asrama tu ada senior kitorang yang memang baik dan dah 2 minggu lebih berada dia asrama tu (posting dulu dari kitorang). So saya lah yang naik atas dan tanya pada diorang macam mana nak berurusan untuk dapatkan bilik. Rupa-rupanya memang xde penyelia yang akan jaga kitorang, senior tu pun cakap masuk je bilik kosong yang sederet dengan bilik diorang dan kuncinya ada didinding pintu. So saya dan kawan2 pun berangkut la naik tangga ke bilik kami. Memang penat almaklumlah kuali, dapur semuanya kami bawa sebab duduk Muadzam ni memang kena masak (kata kebanyakan senior kami).

 Ok lepas tu saya pun dah ada bilik, kitorang duduk dua bilik (split kepada dua) dan di bilik sayalah segala bahan masakan disimpan. Selepas kami semua siap mengemas bilik, kami pun rancanglah nak makan apa malam tu. Setelah berbincang dan dipersetujui semua, kami memilih menu Ayam masak paprik.  Petang itu kami semua keluar untuk mencari bahan-bahan masakan untuk malam itu dan untuk stok makanan selama seminggu. 

So..Siapa chef pada malam itu.....cuba teka?? Mestilah saya! Oleh kerana memang salah satu hobi saya ialah memasak so saya lah yang masak malam tu dan Alhamdulilah semua kawan2 saya puji dan suka masakan saya. Saya pun ada la bagi sedikit lauk yang saya masak tu kepada senior saya yang dah pun  bantu saya dan kawan-kawan masa nak cari kedai dan mesin atm petang tu (Nak ambil hati senior lah katakan..ngeh3). Well it good when we have senior that wanna help her junior. Saya happy sangat sebab dorang semua xsombong. (^_^)

So selama seminggu kat sana saya suka sebab dapat bergotong-royong masak sama-sama dengan kawan2 selain dapat eratkan lagi hubungan kitorang semua.Kami pun dapat merasa bebas sekejap sebab kat asrama tu peraturan ada tapi sebab xde sape2 yang mengawal kitorg so kitorg pun sesuka hati je lah dok situ (Hehe memang best lah). Hilang stress sekejap bila duduk kat sana. Saya pun sempat balik ke rumah saya yang hanya satu jam je dari muadzam so cuti satu hari tu saya balik lah ke rumah (dapat gak SOP) . 

Sepatutnya semasa di HMS kami semua mesti penuhkan cross untuk surgikal dan medikal, tapi disebabkan patient kami kat sana macam orang sihat je (sakit yang xkronik la) so kami xdapat nak capai objektif kami. Terpaksalah kami kejar bila dah balik Kuantan (HTAA yang tercinta...)

Kerja kat wad HMS best la jugak, walaupun patient cuma 4 orang satu wad (xmcm HTAA penuh sentiasa) Kami pun cuma buat prosedur sem 1 dulu ambil observation, sem2 serve ubat, itu jela, memang agak membosankan tapi nak wat macam mana terima jelah.

Saya sedang prepare ubatan tablet


Focus sediakan injection



Rakan saya sedang focus melakukan prosedur




Rakan focus pilih lotion


So seronoknya muadzam, rindu nya nak duduk muadzam. Harap-harap next posting kat Muadzam Shah lagi. Tq pada semua ahli kumpulan saya sebab sama-sama bekerjasama semasa berada di HMS.




Kumpulan 5 Januari 2011




                                                                                       Fiqa_aFiq

Kasih seorang Ibu..

Assalamulaikum w.b.t...


Kepada pembaca yang dikasihi,,=)


Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah tiada tolok bandingnya. Minggu lepas sebelum hari peperiksaan bermula ( 28- 30 mac 2012) iaitu pada tarikh ( 26 mac 2012) hari yang paling saya akan ingat kerana pada hari itu saya telah melihat bagaimana susahnya seorang ibu nak melahirkan anaknya yang dikandung selama 9 bulan. Cukup susah, dan pada saat itu saya rasa sangat sayu dan di minda saya hanya bermain satu nama dan dimata hanya satu wajah iaitu mak saya. Adakah begini susah waktu mak lahirkan kakak? dan setitis air mata jatuh dipipi saya.


Pada hari itu juga saya sangat gembira kerana saya dapat pegang dan cuci bayi yang baru sahaja lahir ( baru kuar dari rahim). Memang exited gila. Baby tu pun comel-comel, ada yang twins juga tau. Memang saat tu rasa macam nak sangat ada baby sendiri. Memang hari yang indah dan pasti saya akan kenang sampai bila-bila.


Kemudian hari exam pun tiba. Setelah berhempas pulas jawab exam, akhirnya tamat semua paper exam. 






Ok2,,skarang nie bagi sesiapa yang mgkin ada melakukan kesilapan dan kesalahan,, mohon la ampun dan maaf selagi ibu/mama/mak/ummi kita masih ada. Mohon maaf sentiasa dengan ibu kita kerana kita mgkin xsedar kesilapan yang kita dah lakukan. Jaga lah hati dan perasaan ibu kita dan sentiasa bantu dia dalam lakukan tugas harian yang boleh menyenangkan hati ibu kita. 


Sayang mak..................( untuk mak saya).. (^_^)


                                                                                                                            Fiqa_aFiq